Umum maklum pilihan raya umum negeri Sarawak akan tiba bila-bila masa sahaja dan pasti sebelum Mei tahun ini. Semakin hampirnya hari penentuan ini semakin gentarnya tangan Talip. Di Bintulu Talib adalah ketua " miveng KELEBANG" KM Taib. Dalam bahasa Inggeris ungkapan Melanau Bintulu itu bermaksud " balls polishing". Disebabkan Talip asyik "miveng Kelebang" KM, is lebih baik dipanggil sahaja Pak Angguk ( "Yes man" ) . Talip tidak berani berkata " TIDAK" kepada KM. Olen itu kaum bumi Bintulu rugi dibawah kepimpinan Talib yang hanya menguntungkan dirinya dan KM sahaja dari segi kuasa politik mereka berdua.
Apa jasa Talip kepada orang Bintulu? Hanya satu perkataan yang dibuah mulut orang Bintulu sekarang - RUGI.
Ayuh, kaum bumiputra Bintulu. Inilah peluang keemasan untuk kita menggubah nasib orang tempatan Bintulu samada orang Iban dan Kayan di ulu pendalaman, orang Melanau dan Melayu berdekatan bandar atau orang Kelabit dan Bidayuh di Sungei Plan, Tanjung Kidurong.
Disebabkan Talip tidak bersuara menidakkan kemahuan KM untuk memberi tanah NCR, temuda, tanah pemakai menoa dsb., sewenang-wenangnya kepada kroninya, kompeni yang berkaitan dengannya dan individu-individu bukan bumiputra untuk tujuan komersial mereka, rakyat jelata Bintulu yang rugi.
Haruskah cerita ini berulang setiap tahun dan setiap pilihan raya? Talip seperti dalam bahasa orang putih " tiada balls" atau dalam bahasa Melanau tempatan " tiada KELEBANG" untuk menentang kemahuan tamak haloba KM Sarawak. Saatnya tibanya untuk rakyat Bintulu menjauhi daripada perangai yang jijik itu.
Oleh itu, jangan lepas peluang pilihan raya kali ini untuk memilih barisan pembangkang kerana SEKURANG-KURANGNYA dengan ada wakil pembangkang untuk kawasan DUN Jepak, DUN Kemena dan DUN Kidurong , Bintulu akan mendapati suara baru yang lebih padu. Suara yang lantang, bebas dan muda untuk generasi yang akan datang supaya mereka menikmati demokrasi yang tulin.
Hibup Barisan Pembangkang Bintulu. HIDUP BPB!!!!
BPB
barisan pembangkang bintulu
Monday, March 14, 2011
Sunday, August 29, 2010
Pembangkang Akrab dan Lebih Strategik
Ternyata barisan pembangkang Bintulu (BPB) bersetuju sehaluan mengenai perjuangan mereka di Bahagian Bintulu untuk pilihan raya akan datang. Sebuah Majlis atau Council Pakatan Rakyat ditubuh baru-baru ini sebagai menyahut keperluan semangat sepasukan di kalangan keempat-empat parti tersebut. Ia merupakan langkah yang lebih strategik untuk menempuh cabaran semasa berkempen dan meraih sokongan rakyat. Kata Paul Raja parti PKR sememangnya telah mendapat sokongan diperingkat rakyat jelata dan telah beberapa tahun menjalin hubungan rapat dengan rakyat yang tertindas dan diketepikan oleh wakil rakyat di kawasan Bintulu.
Dengan pengalaman yang banyak dari pihak DAP dalam memikat hati rakyat Bintulu seperti kemenangan yang tak putus-putus oleh DAP di Kidurong dalam pilihan raya negeri aktiviti-aktiviti perjuangan yang akan dijalankan di Jepak dan Kemena akan beruntung dari kebijaksanaan Chiew Chiu Sing selaku Pengerusi Majlis tersebut yang kebetulan juga Pengerusi DAP Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan pilihan raya Kidurong.
Khabarnya pihak BPB telah mendapat beberapa calun yang berkelayakan ijazah dan kedoktoran untuk menentang Talip di Jepak dan Rundi di Kemena.
Kepada pengundi di Bintulu satu pesanan: Inilah peluang untuk menjatuhkan Talib di Jepak. Harap pemuda dan pemudi di kampung-kampung Jepak, Tatau, Bintulu dan didesa-desa sepanjang persisiran Tatau turun padang dan berkempen tentang kelemahan Talip membina peluang-peluang pekerjaan, latihan, perniagaan dan masaalah tanah di Jepak. Turunlah beramai - ramai untuk menjatuhkan Talip dari menduduki kerusi Jepak seterusnya. Perjuangan kamu belum selesai.
Ayuh, pemuda-pemuda Iban, Melayu Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Cina dan lain-lain ambillah kesempatan keemasan ini untuk menunjukkan kuasa penentu adalah ditangan generasi muda kalian.
Majlis Pakatan Rakyat Bintulu terdiri dari:
1) Chiew Chiu Sing (DAP)
2) Paul Raja (PKR)
3) John Bampa (SNAP)
4) Saimon Kila ( PAS)
Selamat Berjuang menentang Taib, Talip dan Rundi.
Syabas kalian.
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)