1 Malaysia Nisan Najib

Mengapa 1 Malaysia boleh menjahanamkan Najib?
Hipotesis :
Atas nama 1 Malaysia Najib suka nak berlagak (show off) tentang effisiensinya dalam menyelesaikan masaalah dengan berkiblatkan 'Pencapaian diutamakan' ( results based).  Tetapi terdapat masaalah BESAR dalam falsafah 'results based'.
Eviden-eviden:
1)  Menyerah balik tanah KTM di Singapura tanpa mengira butir-butir menyeluruh yang menguntungkan Malaysia (6.6.10)
2)  Walaupun Najib mendahulukan rakyat yang suka berjudi, satu gerakan 'Anti- Pemberian Lesen Judi Bolasepak' telah bermula yang menunjukkan bahwa rakyat tidak mahu terpedaya oleh kroni-kroni Najib yang akhirnya mendapat berbilion keuntungan dan pada masa yang sama  mendedah majoriti rakyat Malaysia kepada kegiatan yang tidak disyorkan oleh agama Islam dan agama-agama yang lain di Malaysia. (9.6.10)
3)  Najib syok melagakan rakyat seperti berikut:
      a) Melalui pengambilan balik sudsidi, rakyat miskin dan perpendapatan rendah yang memerlukan subsidi dilaga dengan kroni-kroni yang akan mendapat projek yang berbilion-bilion hasil dari pejimatan wang dari pengambilan balik subsidi. Rakyat miskin dan susah sekali lagi dilagakan dengan inidividu yang berkaitan rapat secara politik, kedudukan kelas, rasuah ( seperti kes Port Klang Free Trade Zone) dan tidak beretika/bermoral (Lesen Judi).  Tetapi disebakan individu tersebut perpengaruh, mereka selamat tetapi rakyat menderita.
     b) Pemberian lesen judi bola sepak dikatakan hanya syor belaka. Model Ekonomi Baru sebaliknya tidak mengesyorkan keutamaan untuk kaum bumiputra. Ini mengakibatkan gerakan kaum Melayu membantah implentasi Model baru itu. Apakah syor-stor lain Najib. Kita tunggu-tunggulah - untuk ditambah dalam blog ini. (10.6.10.)
     c)  Cadangan untuk membina sebuah bangunan Parlimen baru di Putrajaya dalam RMK10, kononnya untuk mendaulatkan rakyat dan institusi Parlimen dimasa rakyat dirunsingkan dengan pengambilan balik subsidi hanya mementingkan kroni yang akan mendapatkan kontrak tersebut dan yang dibayar dari wang tang dijimat dari pengambilan balik subsidi dari rakyat yang tentunya sudah menyulitkan taraf hidup rakyat Malaysia.