Saturday, April 24, 2010

PR dikotakan di Sarawak

Syabas kepada pemimpin-pemimpin parti-parti DAP, SNAP, PKR and PAS kerana mengotakan PR ( Pakatan Rakyat) di Sarawak pada 18 April,2010. Timbulnya PR secara rasmi merupakan berita yang di tunggu-tunggu olen rakyat jelata di negeri bumi kenyalang. Dengan ujudnya PR, rakyat Sarawak kini mendapat satu alternatif baru dalam menubuhkan kerajaan pasca kerajaan BN di negeri ini. Pakatan rakyat beruntung kerana mendapat model perjuangan yang terbukti berhasil bagi melandaskan perjuangan mereka menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun depan. Pemerintahan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri di Semenanjuang merupakan model sediapakai yang boleh dicontohi atau diapplikasikan oleh pejuang-pejuang rakyat yang ditindas oleh BN di negeri ini.

Implikasinya untuk Bintulu ialah BPB ( Barisan Pembangkang Bintulu) harus fokas terhadap model perjuangan yang tersedia ada ini. Rakyat boleh bermula membayangkan DUN Tatau dan DUN Kemena diwakili oleh calun-calun dari BPB.
Rakyat Kampung Jepak, Sebauh, Segan, pesisiran Tatau, Kampung-Kampung di bandar Bintulu, Kuala Tatau dan sekitar kawasan pasar Bintulu boleh mula menghidu angin perubahan di medan politik Bintulu tahun depan.

Ayuh, bangun dan berjuang dengan semangat berpasukan.
Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Hidup Rakyat Bintulu.

Monday, April 19, 2010

Isu orang luar mendapat rahsia strategik Malaysia

Rahsia penting negara telah didapati oleh APCO, sebuah syarikat perunding yang dilantik kerajaan. Menurut tulisan Presiden Keadilan, Wan Azizah ia diibaratkan sebagai kisah Si Kitul.
Dalam sejarah kesultanan Melaka, Si Kitul membocorkan maklumat strategik kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis dengan mendedahkan lokasi pintu-pintu rahsia memasuki kota Melaka. Ini membolehkan serangan secara besar-besaran pada tahun 1511 yang menjatuhkan keagungan kerajaan Melaka.
Pada akhir tulisan tersebut, Wan Azizah berkata :" Tiada gunanya menghurus keris seraya melaungkan slogan "Melayu Perkasa", konon mahu menyerlah semangat patriotik dan nasionalistik, andai dalam sedar kita menjual negara, bangsa dan agama kepada kumpulan yang terbukti sebagai musuh kepada keamanan sejagat".
Renung-renungkanlah.

Wednesday, April 14, 2010

Bila agaknya sekretariat pakatan rakyat bagi Bintulu?

Khabarnya satu jawatankuasa sekretariat pembangkang telah ditubuhkan di Miri. Disebut Jawatankuasa Sekretariat Pakatan Rakyat, ia bertujuan untuk mengkoordinasikan kerjasama di peringkat atasan dan bawahan antara empat parti pakatan rakyat yang terdiri daripada DAP, SNAP, PAS dan PKR di Miri.

Bila agaknya kerjasama yang akrab seakan ini menjelma di Bintulu?

Rakyat Bintulu sedang menunggu.

Tuesday, April 13, 2010

"Time Bomb" MPOB akan meletup di Bintulu



  1. Borang MPOB ( alMPOB/WSK 2008) yang perlu ditandatangani oleh Penghulu(Kaum Melayu/Melanau/Kedayan) dan Tuai Rumah ( Kaum Iba dan Orang Ulu) sekali lagi mengenepikan hak turun-temurun rakyat jelata kaum pri-bumi Bintulu.
  2. Beratus-ratus pekebun kecil sawit sedang ditimpa bala dari Kerajaan BN yang tidak membenarkan buah-buah sawit mereka yang ditanam atas tanah temuda, NCR, Pemakai Menua atau Tanah Pemakanan Melayu/Melanau Kedayan, untuk dijual ke kilang kerana tidak mendapat pengesahan dari ketua kaum masing-masing.
  3. Disebabkan tanah mereka tidak bergeran atau "title", MPOB Bintulu tidak akan memberi mereka lesen untuk menjual buah sawit yang telah masak ke kilang-kilang yang berdekatan.
  4. Pekebun-pekebun kecil sawit kini bersabar sambil menunggu "time bomb" MPOB meletup. Bila meletup ia akan mengakibatkan tsunami politik yang dahsyat di Bintulu.
  5. Butang "time bomb" sudah tertekan dan menunggu Pilihan Raya akan datang ( lebih kurang 1 tahun lagi) untuk berhasil atau meletup.
  6. Ayuh, kaum petani yang tertindas oleh Kerajaan BN. Bersatulah untuk menjatuhkan BN di Bintulu.

Hidup Barisan Pembangkang Bintlu(BPB). Hidup Rakyat!

Inilah Barisan Kita

Bintulu sedang berhadapan dengan barisan pembangkang yang utuh pada pilihan raya tahun depan. Inilah kali pertamanya PAS menunjuk minat yang mendalam untuk menjejak langkah yang penuh yakin untuk menentang pemerintahan BN yang selama ini amat mengenepikan hasrat orang tempatan untuk maju. Ramai kaum lain terutama Orang Ulu dan Iban kehilangan hak mereka keatas tanah temuda atau tanah adat ( Tanah Pemakai Menua) kerana dibolot oleh kerajaan untuk kepentingan beberapa syarikat kroni and elit- elit yang rakyat maklum.

Masanya dah tiba. Bintulu sedang membuka lambaran baru dalam perjuangan rakyat jelata yang tertekan samaada dari kaum Melayu/ Melanau/Kedayan atau masyarakat Iban dan kaum bumiputra yang lain seperti Orang Ulu yang selama ini jauh ketinggalan dalam menikmati kualiti hidup dan kemajuan yang tetap dinikmati oleh kaum lain di bandar.

Inilah perjuangan BPB - Barisan Pembangkang Bintulu yang baru. Hidup BPB. Hidup Pembangkang. Hidup Rakyat.