Sunday, August 29, 2010

Pembangkang Akrab dan Lebih Strategik


Ternyata barisan pembangkang Bintulu (BPB) bersetuju sehaluan mengenai perjuangan mereka di Bahagian Bintulu untuk pilihan raya akan datang. Sebuah Majlis atau Council Pakatan Rakyat ditubuh baru-baru ini sebagai menyahut keperluan semangat sepasukan di kalangan keempat-empat parti tersebut. Ia merupakan langkah yang lebih strategik untuk menempuh cabaran semasa berkempen dan meraih sokongan rakyat. Kata Paul Raja parti PKR sememangnya telah mendapat sokongan diperingkat rakyat jelata dan telah beberapa tahun menjalin hubungan rapat dengan rakyat yang tertindas dan diketepikan oleh wakil rakyat di kawasan Bintulu.
Dengan pengalaman yang banyak dari pihak DAP dalam memikat hati rakyat Bintulu seperti kemenangan yang tak putus-putus oleh DAP di Kidurong dalam pilihan raya negeri aktiviti-aktiviti perjuangan yang akan dijalankan di Jepak dan Kemena akan beruntung dari kebijaksanaan Chiew Chiu Sing selaku Pengerusi Majlis tersebut yang kebetulan juga Pengerusi DAP Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan pilihan raya Kidurong.
Khabarnya pihak BPB telah mendapat beberapa calun yang berkelayakan ijazah dan kedoktoran untuk menentang Talip di Jepak dan Rundi di Kemena.
Kepada pengundi di Bintulu satu pesanan: Inilah peluang untuk menjatuhkan Talib di Jepak. Harap pemuda dan pemudi di kampung-kampung Jepak, Tatau, Bintulu dan didesa-desa sepanjang persisiran Tatau turun padang dan berkempen tentang kelemahan Talip membina peluang-peluang pekerjaan, latihan, perniagaan dan masaalah tanah di Jepak. Turunlah beramai - ramai untuk menjatuhkan Talip dari menduduki kerusi Jepak seterusnya. Perjuangan kamu belum selesai.
Ayuh, pemuda-pemuda Iban, Melayu Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Cina dan lain-lain ambillah kesempatan keemasan ini untuk menunjukkan kuasa penentu adalah ditangan generasi muda kalian.
Majlis Pakatan Rakyat Bintulu terdiri dari:
1) Chiew Chiu Sing (DAP)
2) Paul Raja (PKR)
3) John Bampa (SNAP)
4) Saimon Kila ( PAS)
Selamat Berjuang menentang Taib, Talip dan Rundi.
Syabas kalian.

Tuesday, July 6, 2010

Jalan Ulu Sebauh Berkurap

Di atas adalah pemandangan Jalan Ulu Sebuah hampir dengan persimpangan jalan menuju ke Lapangan Kapal Terbang Bintulu yang baru dan moden. Setelah menunggu 10 tahun Kerajaan BN Bintulu telah menghadiahkan sebatang jalan yang akhirnya berturap ( bertar). Kononnya untuk menaiktarafkan jalan desa tersebut sebaliknya derita dan seksa dialami oleh penduduk Melayu, Melanau dan Iban di sepanjang Jalan tersebut, dari Kampung Jepak Darat hingga ke Hilir Sebauh. Inilah contoh hasil kerja Kerajaan BN Bintulu yang melaung-laungkan prestasi kerja yang tinggi dan berintegriti!
Kerjaan BN Bintulu " Cakap tidak serupa bikin " - kata-kata hikmat yang berkumandang di masjid-masjid Bintulu pada hari Jumaat untuk mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan di bandar ini cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Malangnya kata-kata Tok Imam Bintulu tidak diambil indah oleh pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembikinan jalan tesebut.
Wahai rakyat Jepak dan Sebauh, sedarlah. Wakil rakyat kamu hanya tahu bercakap tapi tak tahu buat.

Wednesday, June 30, 2010

Pengundi Bintulu Cukup Sedar Untuk Memilih

Pengundi-pengundi Bahagian Bintulu ( kawasan DUN Kemena, Jepak dan Kidurong) dewasa ini lebih sedar dalam pilihan parti yang dapat memperjuangkan hak dan tuntutan mereka dalam pilihan raya akan datang.
Antara bukti-buktinya:
1) Kerajaan BN tergesa-gesa meletak tempurung ( cover-up) ke atas kes Skandal PKFZ yang melibatkan salahgunakuasa dan rasuah berbilion ringgit, yang melibatkan seorang Ahli Yang Berhormat dari Bintulu.
2) Pemborosan wang rakyat dalam pembinaan Astana DiRaja yang baru dimana tender tersebut merupakan "blank cheque" bagi kontraktor yang terbabit.
3) Taib Mahmud dilapurkan ke MACC atas tuduhan salahgunakuasa,rasuah dan nepotisma.

PENGUNDI -PENGUNDI BINTULU DAPAT MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PEMBOROSAN WANG RAKYAT, KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA dengan memilih PAKATAN RAKYAT.

Sunday, June 20, 2010

Bolehkah Najib dipercayai?

Matan Timbalan Menteri Tan Kee Kwong yang berkhidmat sebagai penolong Menteri Tanah dan Koperasi dan ditugaskan bertanggungjawab atas perihal FELDA ( Federal Land and Development Authority) telah menuduhkan Najib memusnah FELDA. Cerita yang amat mengejutkan ini boleh diikuti sepenuhnya disini.

Saturday, June 12, 2010

Bersedia Untuk Pilihan Raya Umum Sarawak 2011 - dari Bintulu ke Petrajaya

Sebagai susulan daripada pertembungan minda beberapa orang pemimpin dan peserta Muktamar PAS yang diadakan di Kota Bharu kelmarin, setiap 'machinery' parti PAS dan Pakatan Rayat (PR) telah disarankan supaya memulakan " Setiap Satu Peti Undi Satu Gerakan" untuk mendaftarkan pengundi-pengundi muda yang baru.
Pentingnya idea ini untuk dipraktikkan di Bintulu dengan secepat mungkin tidak dapat dinafikan kerana terdapat seramai 4 juta rakyat dari golongan pemuda belum lagi terdaftar sebagai pengundi pilihan raya di seluruh negara.

Ayoh, gerakkan "machinery" PR di Bintulu untuk tujuan ini agar ramai pengundi-pengundi muda memilih gagasan alternatif untuk menjaga kepentingan mereka di Bintulu dan bukan Kerajaan BN yang semakin hari semakin tak relevan.

Kaum Muda Bintulu menuntut keadilan, pembaharuan dan kejayaan.

Hidup Pemuda Bintulu!

Satu langkah dari Bintulu ke Petrajaya, satu langkah lagi dari Petrajaya ke Putrajaya.

Hidupan BPB!

Sunday, May 23, 2010

Momentum Anti - Taib mendapat takrifan

Apa selepas Sibu? Ramai penganalis politik sekarang menghuraikan tentang implikasi tumbangnya kubu Taib di Sibu selama hampir tiga dekad memerintah kawasan itu melalui SUPP. Pakatan Rakyat yang menang pilihan raya kecil Parliamen Sibu P.212 baru-baru ini , terbaharu telah menjunjung suatu deklarasi politik pasca Sibu yang disebutkan sebagai " Deklarasi Sibu".

Berikut ialah implikasi Deklarasi Sibu ke atas Bintulu:
1) Dengan tertakluknya Bintulu kelak kepada Pakatan Rakyat ia merupakan jejak dari misi agung pakatan rakyat yang berslogan "dari Petrjaya ke Putrajaya".
2) Orang yang menganggur, miskin dan tertindas dari segi kemudahan asas di Bintulu seperti di ulu sungai dan kawasan pendalaman akan mendapat perhatian dengan peruntukan sebanyak RM 80 juta.
3) Pembahagian pendapatan dari pengeluaran hasil gas dan minyak dari Bintulu akan dipertingkatkan kepada 20% dari 5% yang ada sekarang .
4) Semua warga emas akan mendapat bonos sebanyak RM 400 sebagai penghargaan terhadap jasa mereka.
5) Pentadbiran kerajaan akan diasaskan kepada tiga faktor - kebolehan, ketanggungjawaban dan ketulusan dengan menggunakan tender untuk pemberian projek, lesen dan konsensi supaya lebih tulus dan menguntungkan rakyat.
6) Tanah- tanah temuda, ncr, pemakanan atau tanah menua akan disukat dan diberi title kepada rakyat yang selama ini menghuni bidang tanah tersebut sejak turun-temurun.

Pada ringkasnya Deklarasi Sibu telah dapat mendefinasikan bahawa Pentadbiran Yang Baik bermulanya dengan Tiadanya Taib, ia itu " Good Governenace = No More Taib "

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Hidup Bintulu!!

Thursday, May 20, 2010

Barisan Alternatif Bintulu bersuara di DUN



Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) minggu ini ( 17 - 26 May) Bintulu di wakili oleh Chiew Chiu Sing.
Wakil Pakatan Pakyat (PR) dari kawasan pilihan raya negeri Kidurong dari parti DAP itu telah mencadangkan supaya perancangan industri perikanan di negeri Sarawak mengambil kira kejayaan yang telahpun dinikmati oleh negara Taiwan.
Ini tak boleh dinafikan sekira kita melihat kemajuan yang dikecapi oleh Taiwan dalam bidang lain seperti pelancungan dan ICT , termasuklah hasil produk komputer yang no.2 di dunia yakni "Acer".

Barisan Alternatif bagi negeri Sarawak- dari Petrajaya ke Putrajaya
Chiew Chiu Sing kelihatan di sebelah kanan.
Mengikut Chiew, perkara-perkara dibawah boleh dilakukan di Bintulu:
1) Sektor pertanian harus diperhebatkan dengan menggalakkan industri- industri berasaskan pertanian yang berlandaskan kemahiran saintifik dan berdaya komersial. Misanya di Taiwan industri orkid and perikanan sangatlah berjaya dengan kajian saintifik dan berskala besar hingga dipasarkan ke seluruh dunia.
2) Justeru itu Chiew mengesyorkan sektor perikanan di Bintulu boleh dirancangkan seperti berikut:
a) Mengadakan kajian saintifik dalam penggunaan sumber perikanan
b) Perubahan dalam teknologi perikanan
c) Memperkayakan stok sumber-sumber perikanan
d) Memajukan teknologi akuakultur
e) Mengapplikasikan bioteknologi
f) Memproseskan produk perikanan

Memandangkan kebanyakan orang Iban dan Melayu/ Melanau di Bintulu dari golongan petani dan nelayan, rakyat jelata disini harus mendukung cita-cita yang murni dan besar seperti yang dicadangkan oleh Chiew.

Sokonglah barisan alternatif untuk rakyat Bintulu lepas dari kepompong kemiskinan yang selama ini tidak dapat ditangani oleh pihak Barisan Nasional Sarawak.

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.



Tuesday, May 18, 2010

Implikasi Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu bagi Bintulu

Implikasi keputusan PRK Sibu P.212 bagi Bintulu

1. Untuk kawasan Jepak, pengundi Cina tetap akan mengundi barisan pembangkang. Jadi jangan buang tenaga dan wang untuk mengambil hati mereka.

2. Sebaliknya perhebatkan kempen untuk menarik hati pengundi luar bandar yang terpencil dan tertindas oleh sistem kerajaan yang hanya berpusat kepada kawasan bandar sahaja dengan kemudahan yang jauh lebih baik jika dibanding dengan kemudahan infrastruktur luar bandar. Pengundi luar bandar yang selama ini "disadvantaged" perlu diperjuangkan. Kawasan ini kebanyakannya dihuni oleh kaum Iban dan bumiputra yang lain. Ambillah hati mereka supaya mereka rela keluar untuk mengundi barisan alternatif pembangkang Bintulu pada pilihan raya negeri akan datang.

3. Orang Melayu/Melanau di Bintulu seperti di kampung-kampung Jepak, Segan, Hilir Sebauh, Pandan, Kampung Baru, Kampung Assyakiriin, Kampung Tatau, Kampung Batu 10, dan lain-lain tetap terbahagi dalam pilihan mereka. Justeru itu mustahak sekali untuk mengambil hati orang Melayu/Melanau di Kawasan Jepak sebab mereka merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya negeri Jepak. Caranya ialah untuk mengemukakan calun dari PAS untuk kawasan Jepak.

4. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kidurong utamakan calun yang tersedia dari kaum Cina atas simbol DAP.

5. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kemena calun hendaklah dari kaum Iban kerana disini mereka merupakan majoriti. Calun ini boleh berdiri atas simbol SNAP atau PKR.

6. Barisan Pembangkang Bintulu hendaklah mula mengenalpasti individu-individu yang boleh turun padang untuk berkempen dan berdiri sebagai calun mulai sekarang, kerana waktu pilihan raya negeri Sarawak sangat hampir dan mesti diadakan sebelum bulan Julai tahun hadapan.

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu!!

Sunday, May 2, 2010

Masjid Besar untuk Bintulu

Satu misi utama PAS Bintulu ialah untuk mengerakkan hati dan jiwa rakyat Bintulu untuk menubuhkan sebuah masjid besar di Bintulu. Tempat yang paling sesuai ialah di kawasan tanah lapang bekas landasan kapal terbang lama Bintulu. Masjid Assaykiriin yang ada sekarang hanya bertaraf masjid bahagian. Ia telah dibina berpuluh tahun dahulu seketika Bintulu baru hendak maju. Tetapi sekarang Bintulu adalah "industrial show piece" atau contoh kejayaan industrial untuk negara Malaysia. Justeru itu ia memerlukan sebuah masjid yang lebih besar untuk mengisi kehendak pertambahan penduduk tempatan dan pekerja-pekerja luar ( bukan penduduk asal Bintulu) untuk beribadat dengan senang ( dekat Bandar) dan selesa kerana kawasan landasan kapal terbang mempunyai tanah kosong yang besar dan sesuai untuk dirancangkan.

Ayuh, gerakkan hati diri anda untuk beribadat. Tak rugi kalau anda menghebuhkan berita ini kepada kawan atau teman selanjutnya.

Allah tetap menyebelahi orang yang benar, tulus dan berani menegak kebenaran.

Berjasalah untuk agama, bangsa dan negara.

Rakyat Bintulu kini sedar dari lamunan mimpi dan bersedia untuk menegak BPB ( Barisan Pembangkang Bintulu).

Saturday, April 24, 2010

PR dikotakan di Sarawak

Syabas kepada pemimpin-pemimpin parti-parti DAP, SNAP, PKR and PAS kerana mengotakan PR ( Pakatan Rakyat) di Sarawak pada 18 April,2010. Timbulnya PR secara rasmi merupakan berita yang di tunggu-tunggu olen rakyat jelata di negeri bumi kenyalang. Dengan ujudnya PR, rakyat Sarawak kini mendapat satu alternatif baru dalam menubuhkan kerajaan pasca kerajaan BN di negeri ini. Pakatan rakyat beruntung kerana mendapat model perjuangan yang terbukti berhasil bagi melandaskan perjuangan mereka menjelang pilihan raya negeri Sarawak tahun depan. Pemerintahan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri di Semenanjuang merupakan model sediapakai yang boleh dicontohi atau diapplikasikan oleh pejuang-pejuang rakyat yang ditindas oleh BN di negeri ini.

Implikasinya untuk Bintulu ialah BPB ( Barisan Pembangkang Bintulu) harus fokas terhadap model perjuangan yang tersedia ada ini. Rakyat boleh bermula membayangkan DUN Tatau dan DUN Kemena diwakili oleh calun-calun dari BPB.
Rakyat Kampung Jepak, Sebauh, Segan, pesisiran Tatau, Kampung-Kampung di bandar Bintulu, Kuala Tatau dan sekitar kawasan pasar Bintulu boleh mula menghidu angin perubahan di medan politik Bintulu tahun depan.

Ayuh, bangun dan berjuang dengan semangat berpasukan.
Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Hidup Rakyat Bintulu.

Monday, April 19, 2010

Isu orang luar mendapat rahsia strategik Malaysia

Rahsia penting negara telah didapati oleh APCO, sebuah syarikat perunding yang dilantik kerajaan. Menurut tulisan Presiden Keadilan, Wan Azizah ia diibaratkan sebagai kisah Si Kitul.
Dalam sejarah kesultanan Melaka, Si Kitul membocorkan maklumat strategik kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis dengan mendedahkan lokasi pintu-pintu rahsia memasuki kota Melaka. Ini membolehkan serangan secara besar-besaran pada tahun 1511 yang menjatuhkan keagungan kerajaan Melaka.
Pada akhir tulisan tersebut, Wan Azizah berkata :" Tiada gunanya menghurus keris seraya melaungkan slogan "Melayu Perkasa", konon mahu menyerlah semangat patriotik dan nasionalistik, andai dalam sedar kita menjual negara, bangsa dan agama kepada kumpulan yang terbukti sebagai musuh kepada keamanan sejagat".
Renung-renungkanlah.

Wednesday, April 14, 2010

Bila agaknya sekretariat pakatan rakyat bagi Bintulu?

Khabarnya satu jawatankuasa sekretariat pembangkang telah ditubuhkan di Miri. Disebut Jawatankuasa Sekretariat Pakatan Rakyat, ia bertujuan untuk mengkoordinasikan kerjasama di peringkat atasan dan bawahan antara empat parti pakatan rakyat yang terdiri daripada DAP, SNAP, PAS dan PKR di Miri.

Bila agaknya kerjasama yang akrab seakan ini menjelma di Bintulu?

Rakyat Bintulu sedang menunggu.

Tuesday, April 13, 2010

"Time Bomb" MPOB akan meletup di Bintulu



  1. Borang MPOB ( alMPOB/WSK 2008) yang perlu ditandatangani oleh Penghulu(Kaum Melayu/Melanau/Kedayan) dan Tuai Rumah ( Kaum Iba dan Orang Ulu) sekali lagi mengenepikan hak turun-temurun rakyat jelata kaum pri-bumi Bintulu.
  2. Beratus-ratus pekebun kecil sawit sedang ditimpa bala dari Kerajaan BN yang tidak membenarkan buah-buah sawit mereka yang ditanam atas tanah temuda, NCR, Pemakai Menua atau Tanah Pemakanan Melayu/Melanau Kedayan, untuk dijual ke kilang kerana tidak mendapat pengesahan dari ketua kaum masing-masing.
  3. Disebabkan tanah mereka tidak bergeran atau "title", MPOB Bintulu tidak akan memberi mereka lesen untuk menjual buah sawit yang telah masak ke kilang-kilang yang berdekatan.
  4. Pekebun-pekebun kecil sawit kini bersabar sambil menunggu "time bomb" MPOB meletup. Bila meletup ia akan mengakibatkan tsunami politik yang dahsyat di Bintulu.
  5. Butang "time bomb" sudah tertekan dan menunggu Pilihan Raya akan datang ( lebih kurang 1 tahun lagi) untuk berhasil atau meletup.
  6. Ayuh, kaum petani yang tertindas oleh Kerajaan BN. Bersatulah untuk menjatuhkan BN di Bintulu.

Hidup Barisan Pembangkang Bintlu(BPB). Hidup Rakyat!

Inilah Barisan Kita

Bintulu sedang berhadapan dengan barisan pembangkang yang utuh pada pilihan raya tahun depan. Inilah kali pertamanya PAS menunjuk minat yang mendalam untuk menjejak langkah yang penuh yakin untuk menentang pemerintahan BN yang selama ini amat mengenepikan hasrat orang tempatan untuk maju. Ramai kaum lain terutama Orang Ulu dan Iban kehilangan hak mereka keatas tanah temuda atau tanah adat ( Tanah Pemakai Menua) kerana dibolot oleh kerajaan untuk kepentingan beberapa syarikat kroni and elit- elit yang rakyat maklum.

Masanya dah tiba. Bintulu sedang membuka lambaran baru dalam perjuangan rakyat jelata yang tertekan samaada dari kaum Melayu/ Melanau/Kedayan atau masyarakat Iban dan kaum bumiputra yang lain seperti Orang Ulu yang selama ini jauh ketinggalan dalam menikmati kualiti hidup dan kemajuan yang tetap dinikmati oleh kaum lain di bandar.

Inilah perjuangan BPB - Barisan Pembangkang Bintulu yang baru. Hidup BPB. Hidup Pembangkang. Hidup Rakyat.