Showing posts with label Chiew Chiu Sing. Show all posts
Showing posts with label Chiew Chiu Sing. Show all posts

Sunday, August 29, 2010

Pembangkang Akrab dan Lebih Strategik


Ternyata barisan pembangkang Bintulu (BPB) bersetuju sehaluan mengenai perjuangan mereka di Bahagian Bintulu untuk pilihan raya akan datang. Sebuah Majlis atau Council Pakatan Rakyat ditubuh baru-baru ini sebagai menyahut keperluan semangat sepasukan di kalangan keempat-empat parti tersebut. Ia merupakan langkah yang lebih strategik untuk menempuh cabaran semasa berkempen dan meraih sokongan rakyat. Kata Paul Raja parti PKR sememangnya telah mendapat sokongan diperingkat rakyat jelata dan telah beberapa tahun menjalin hubungan rapat dengan rakyat yang tertindas dan diketepikan oleh wakil rakyat di kawasan Bintulu.
Dengan pengalaman yang banyak dari pihak DAP dalam memikat hati rakyat Bintulu seperti kemenangan yang tak putus-putus oleh DAP di Kidurong dalam pilihan raya negeri aktiviti-aktiviti perjuangan yang akan dijalankan di Jepak dan Kemena akan beruntung dari kebijaksanaan Chiew Chiu Sing selaku Pengerusi Majlis tersebut yang kebetulan juga Pengerusi DAP Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan pilihan raya Kidurong.
Khabarnya pihak BPB telah mendapat beberapa calun yang berkelayakan ijazah dan kedoktoran untuk menentang Talip di Jepak dan Rundi di Kemena.
Kepada pengundi di Bintulu satu pesanan: Inilah peluang untuk menjatuhkan Talib di Jepak. Harap pemuda dan pemudi di kampung-kampung Jepak, Tatau, Bintulu dan didesa-desa sepanjang persisiran Tatau turun padang dan berkempen tentang kelemahan Talip membina peluang-peluang pekerjaan, latihan, perniagaan dan masaalah tanah di Jepak. Turunlah beramai - ramai untuk menjatuhkan Talip dari menduduki kerusi Jepak seterusnya. Perjuangan kamu belum selesai.
Ayuh, pemuda-pemuda Iban, Melayu Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Cina dan lain-lain ambillah kesempatan keemasan ini untuk menunjukkan kuasa penentu adalah ditangan generasi muda kalian.
Majlis Pakatan Rakyat Bintulu terdiri dari:
1) Chiew Chiu Sing (DAP)
2) Paul Raja (PKR)
3) John Bampa (SNAP)
4) Saimon Kila ( PAS)
Selamat Berjuang menentang Taib, Talip dan Rundi.
Syabas kalian.

Thursday, May 20, 2010

Barisan Alternatif Bintulu bersuara di DUN



Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) minggu ini ( 17 - 26 May) Bintulu di wakili oleh Chiew Chiu Sing.
Wakil Pakatan Pakyat (PR) dari kawasan pilihan raya negeri Kidurong dari parti DAP itu telah mencadangkan supaya perancangan industri perikanan di negeri Sarawak mengambil kira kejayaan yang telahpun dinikmati oleh negara Taiwan.
Ini tak boleh dinafikan sekira kita melihat kemajuan yang dikecapi oleh Taiwan dalam bidang lain seperti pelancungan dan ICT , termasuklah hasil produk komputer yang no.2 di dunia yakni "Acer".

Barisan Alternatif bagi negeri Sarawak- dari Petrajaya ke Putrajaya
Chiew Chiu Sing kelihatan di sebelah kanan.
Mengikut Chiew, perkara-perkara dibawah boleh dilakukan di Bintulu:
1) Sektor pertanian harus diperhebatkan dengan menggalakkan industri- industri berasaskan pertanian yang berlandaskan kemahiran saintifik dan berdaya komersial. Misanya di Taiwan industri orkid and perikanan sangatlah berjaya dengan kajian saintifik dan berskala besar hingga dipasarkan ke seluruh dunia.
2) Justeru itu Chiew mengesyorkan sektor perikanan di Bintulu boleh dirancangkan seperti berikut:
a) Mengadakan kajian saintifik dalam penggunaan sumber perikanan
b) Perubahan dalam teknologi perikanan
c) Memperkayakan stok sumber-sumber perikanan
d) Memajukan teknologi akuakultur
e) Mengapplikasikan bioteknologi
f) Memproseskan produk perikanan

Memandangkan kebanyakan orang Iban dan Melayu/ Melanau di Bintulu dari golongan petani dan nelayan, rakyat jelata disini harus mendukung cita-cita yang murni dan besar seperti yang dicadangkan oleh Chiew.

Sokonglah barisan alternatif untuk rakyat Bintulu lepas dari kepompong kemiskinan yang selama ini tidak dapat ditangani oleh pihak Barisan Nasional Sarawak.

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.