Isu-Isu Bintulu

1)  Kerajaan BN Sarawak telah memperalatkan MPOB untuk tidak memberi lesen menjual buah masak kelapa sawit atas alasan pokok-pokok yang menghasilkan buah- buah itu berada di  tanah pekebun-pekebun kecil seperti tanah adat, pemakan menoa, tanah pemakanan Melayu/Melanau/Kedayan  dan temuda yang tidak bergeran atau mempunyai 'title'.  Selain itu semua  ketua kampung dan penghulu di seluruh Bahagian Bintulu diarah supaya tidak mengesah tanah-tanah yang tersebut dalam borang MPOB sebagai tanah sah milik pekebun -pekebun kecil  walaupun tanah tersebut telah dihuni sebelum era Jepun dan bersebelahan dengan kampung-kampung mereka.  Mereka yang terlibat dalam kes ini terdiri dari kaum Melayu, Melanau, Iban, Kayan, Kenyah, Punan dll yang telah mendiami kawasan Bahagian Bintulu sebelum kompeni- kompeni perladangan sawit mengambil hutan pesaka mereka.
2)  Kepincangan dalam perancangan BDA ( Bintulu Development Authority) seperti berikut:
      a)  Kawasan orang Melanau dan Melayu di tengah-tengah bandar seperti kawasan kampung-kampung  Sinong, Masjid, Datu dan Sebezau telah diabaikan dalam perancangan bandar Bintulu dan kerana itu ujudlah kawasan setinggan di tengah 'pasar Bintulu'.  Tidak hairanlah jika banyak pelancung yang masuk ke bandar Bintulu melalui jalan kampung-kampung memberi komen bahawa pusat bandar Bintulu jijik dengan koloni setinggan orang asal disini.  Kepincangan perancangan ini menggambarkan sikap 'tak peduli' BDA atas kaum tempatan ia itu kaum Melanau dan kaum Melayu Bintulu telah sedikit sebanyak diabaikan oleh pegawai-pegawai perancangnya.
     b)  Undang-undang BDA dan fungsi-fungsinya ( BDA Ordinance and Functions) tiada menyebut bahawa ia ditubuhkan untuk menolong kaum bumiputra.  Oleh itu pegawai-pegawai kanannya tidak ada 'accountability' atau kebertanggunjawapan untuk menolong kaum bumiputra di Bahagian ini.
    c)  Perancangan-perancangan BDA keatas tanah luas ditengah-tengah bandar itu ( lapangan landasan kapal terbang yang lama) tidak mengambil input-input rakyat tempatan dalam perancangan tanah yang akan banyak mengubah cara hidup, pekerjaan dan  rekreasi mereka.  Ini telah mengakibatkan mereka yang ada pertalian rapat dengan perancang menyelitkan agenda-agenda kepentingan mereka dan menepikan kemahuan rakyat seperti- perlunya masjid besar di tengah-tengah bandar, kawasan kebun raya (parks), bangunan-bangunan untuk mengisikan erti kemerdekaan seperti musium, aktiviti budaya dan patriotisma,ampitheatre, boulevard, taman permainan kanak-kanak dll. Penduduk Bintulu sudah muak dengan kaum kapitalis elit yang mahu mendirikan kedai-kedai 2-3 tingkat dimerata bandar ini.