Sunday, May 23, 2010

Momentum Anti - Taib mendapat takrifan

Apa selepas Sibu? Ramai penganalis politik sekarang menghuraikan tentang implikasi tumbangnya kubu Taib di Sibu selama hampir tiga dekad memerintah kawasan itu melalui SUPP. Pakatan Rakyat yang menang pilihan raya kecil Parliamen Sibu P.212 baru-baru ini , terbaharu telah menjunjung suatu deklarasi politik pasca Sibu yang disebutkan sebagai " Deklarasi Sibu".

Berikut ialah implikasi Deklarasi Sibu ke atas Bintulu:
1) Dengan tertakluknya Bintulu kelak kepada Pakatan Rakyat ia merupakan jejak dari misi agung pakatan rakyat yang berslogan "dari Petrjaya ke Putrajaya".
2) Orang yang menganggur, miskin dan tertindas dari segi kemudahan asas di Bintulu seperti di ulu sungai dan kawasan pendalaman akan mendapat perhatian dengan peruntukan sebanyak RM 80 juta.
3) Pembahagian pendapatan dari pengeluaran hasil gas dan minyak dari Bintulu akan dipertingkatkan kepada 20% dari 5% yang ada sekarang .
4) Semua warga emas akan mendapat bonos sebanyak RM 400 sebagai penghargaan terhadap jasa mereka.
5) Pentadbiran kerajaan akan diasaskan kepada tiga faktor - kebolehan, ketanggungjawaban dan ketulusan dengan menggunakan tender untuk pemberian projek, lesen dan konsensi supaya lebih tulus dan menguntungkan rakyat.
6) Tanah- tanah temuda, ncr, pemakanan atau tanah menua akan disukat dan diberi title kepada rakyat yang selama ini menghuni bidang tanah tersebut sejak turun-temurun.

Pada ringkasnya Deklarasi Sibu telah dapat mendefinasikan bahawa Pentadbiran Yang Baik bermulanya dengan Tiadanya Taib, ia itu " Good Governenace = No More Taib "

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Hidup Bintulu!!

Thursday, May 20, 2010

Barisan Alternatif Bintulu bersuara di DUN



Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) minggu ini ( 17 - 26 May) Bintulu di wakili oleh Chiew Chiu Sing.
Wakil Pakatan Pakyat (PR) dari kawasan pilihan raya negeri Kidurong dari parti DAP itu telah mencadangkan supaya perancangan industri perikanan di negeri Sarawak mengambil kira kejayaan yang telahpun dinikmati oleh negara Taiwan.
Ini tak boleh dinafikan sekira kita melihat kemajuan yang dikecapi oleh Taiwan dalam bidang lain seperti pelancungan dan ICT , termasuklah hasil produk komputer yang no.2 di dunia yakni "Acer".

Barisan Alternatif bagi negeri Sarawak- dari Petrajaya ke Putrajaya
Chiew Chiu Sing kelihatan di sebelah kanan.
Mengikut Chiew, perkara-perkara dibawah boleh dilakukan di Bintulu:
1) Sektor pertanian harus diperhebatkan dengan menggalakkan industri- industri berasaskan pertanian yang berlandaskan kemahiran saintifik dan berdaya komersial. Misanya di Taiwan industri orkid and perikanan sangatlah berjaya dengan kajian saintifik dan berskala besar hingga dipasarkan ke seluruh dunia.
2) Justeru itu Chiew mengesyorkan sektor perikanan di Bintulu boleh dirancangkan seperti berikut:
a) Mengadakan kajian saintifik dalam penggunaan sumber perikanan
b) Perubahan dalam teknologi perikanan
c) Memperkayakan stok sumber-sumber perikanan
d) Memajukan teknologi akuakultur
e) Mengapplikasikan bioteknologi
f) Memproseskan produk perikanan

Memandangkan kebanyakan orang Iban dan Melayu/ Melanau di Bintulu dari golongan petani dan nelayan, rakyat jelata disini harus mendukung cita-cita yang murni dan besar seperti yang dicadangkan oleh Chiew.

Sokonglah barisan alternatif untuk rakyat Bintulu lepas dari kepompong kemiskinan yang selama ini tidak dapat ditangani oleh pihak Barisan Nasional Sarawak.

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.



Tuesday, May 18, 2010

Implikasi Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu bagi Bintulu

Implikasi keputusan PRK Sibu P.212 bagi Bintulu

1. Untuk kawasan Jepak, pengundi Cina tetap akan mengundi barisan pembangkang. Jadi jangan buang tenaga dan wang untuk mengambil hati mereka.

2. Sebaliknya perhebatkan kempen untuk menarik hati pengundi luar bandar yang terpencil dan tertindas oleh sistem kerajaan yang hanya berpusat kepada kawasan bandar sahaja dengan kemudahan yang jauh lebih baik jika dibanding dengan kemudahan infrastruktur luar bandar. Pengundi luar bandar yang selama ini "disadvantaged" perlu diperjuangkan. Kawasan ini kebanyakannya dihuni oleh kaum Iban dan bumiputra yang lain. Ambillah hati mereka supaya mereka rela keluar untuk mengundi barisan alternatif pembangkang Bintulu pada pilihan raya negeri akan datang.

3. Orang Melayu/Melanau di Bintulu seperti di kampung-kampung Jepak, Segan, Hilir Sebauh, Pandan, Kampung Baru, Kampung Assyakiriin, Kampung Tatau, Kampung Batu 10, dan lain-lain tetap terbahagi dalam pilihan mereka. Justeru itu mustahak sekali untuk mengambil hati orang Melayu/Melanau di Kawasan Jepak sebab mereka merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya negeri Jepak. Caranya ialah untuk mengemukakan calun dari PAS untuk kawasan Jepak.

4. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kidurong utamakan calun yang tersedia dari kaum Cina atas simbol DAP.

5. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kemena calun hendaklah dari kaum Iban kerana disini mereka merupakan majoriti. Calun ini boleh berdiri atas simbol SNAP atau PKR.

6. Barisan Pembangkang Bintulu hendaklah mula mengenalpasti individu-individu yang boleh turun padang untuk berkempen dan berdiri sebagai calun mulai sekarang, kerana waktu pilihan raya negeri Sarawak sangat hampir dan mesti diadakan sebelum bulan Julai tahun hadapan.

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu!!

Sunday, May 2, 2010

Masjid Besar untuk Bintulu

Satu misi utama PAS Bintulu ialah untuk mengerakkan hati dan jiwa rakyat Bintulu untuk menubuhkan sebuah masjid besar di Bintulu. Tempat yang paling sesuai ialah di kawasan tanah lapang bekas landasan kapal terbang lama Bintulu. Masjid Assaykiriin yang ada sekarang hanya bertaraf masjid bahagian. Ia telah dibina berpuluh tahun dahulu seketika Bintulu baru hendak maju. Tetapi sekarang Bintulu adalah "industrial show piece" atau contoh kejayaan industrial untuk negara Malaysia. Justeru itu ia memerlukan sebuah masjid yang lebih besar untuk mengisi kehendak pertambahan penduduk tempatan dan pekerja-pekerja luar ( bukan penduduk asal Bintulu) untuk beribadat dengan senang ( dekat Bandar) dan selesa kerana kawasan landasan kapal terbang mempunyai tanah kosong yang besar dan sesuai untuk dirancangkan.

Ayuh, gerakkan hati diri anda untuk beribadat. Tak rugi kalau anda menghebuhkan berita ini kepada kawan atau teman selanjutnya.

Allah tetap menyebelahi orang yang benar, tulus dan berani menegak kebenaran.

Berjasalah untuk agama, bangsa dan negara.

Rakyat Bintulu kini sedar dari lamunan mimpi dan bersedia untuk menegak BPB ( Barisan Pembangkang Bintulu).