Sunday, August 29, 2010

Pembangkang Akrab dan Lebih Strategik


Ternyata barisan pembangkang Bintulu (BPB) bersetuju sehaluan mengenai perjuangan mereka di Bahagian Bintulu untuk pilihan raya akan datang. Sebuah Majlis atau Council Pakatan Rakyat ditubuh baru-baru ini sebagai menyahut keperluan semangat sepasukan di kalangan keempat-empat parti tersebut. Ia merupakan langkah yang lebih strategik untuk menempuh cabaran semasa berkempen dan meraih sokongan rakyat. Kata Paul Raja parti PKR sememangnya telah mendapat sokongan diperingkat rakyat jelata dan telah beberapa tahun menjalin hubungan rapat dengan rakyat yang tertindas dan diketepikan oleh wakil rakyat di kawasan Bintulu.
Dengan pengalaman yang banyak dari pihak DAP dalam memikat hati rakyat Bintulu seperti kemenangan yang tak putus-putus oleh DAP di Kidurong dalam pilihan raya negeri aktiviti-aktiviti perjuangan yang akan dijalankan di Jepak dan Kemena akan beruntung dari kebijaksanaan Chiew Chiu Sing selaku Pengerusi Majlis tersebut yang kebetulan juga Pengerusi DAP Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan pilihan raya Kidurong.
Khabarnya pihak BPB telah mendapat beberapa calun yang berkelayakan ijazah dan kedoktoran untuk menentang Talip di Jepak dan Rundi di Kemena.
Kepada pengundi di Bintulu satu pesanan: Inilah peluang untuk menjatuhkan Talib di Jepak. Harap pemuda dan pemudi di kampung-kampung Jepak, Tatau, Bintulu dan didesa-desa sepanjang persisiran Tatau turun padang dan berkempen tentang kelemahan Talip membina peluang-peluang pekerjaan, latihan, perniagaan dan masaalah tanah di Jepak. Turunlah beramai - ramai untuk menjatuhkan Talip dari menduduki kerusi Jepak seterusnya. Perjuangan kamu belum selesai.
Ayuh, pemuda-pemuda Iban, Melayu Melanau, Kedayan, Orang Ulu, Cina dan lain-lain ambillah kesempatan keemasan ini untuk menunjukkan kuasa penentu adalah ditangan generasi muda kalian.
Majlis Pakatan Rakyat Bintulu terdiri dari:
1) Chiew Chiu Sing (DAP)
2) Paul Raja (PKR)
3) John Bampa (SNAP)
4) Saimon Kila ( PAS)
Selamat Berjuang menentang Taib, Talip dan Rundi.
Syabas kalian.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai untuk menegak BPB di Bintulu