Tuesday, May 18, 2010

Implikasi Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu bagi Bintulu

Implikasi keputusan PRK Sibu P.212 bagi Bintulu

1. Untuk kawasan Jepak, pengundi Cina tetap akan mengundi barisan pembangkang. Jadi jangan buang tenaga dan wang untuk mengambil hati mereka.

2. Sebaliknya perhebatkan kempen untuk menarik hati pengundi luar bandar yang terpencil dan tertindas oleh sistem kerajaan yang hanya berpusat kepada kawasan bandar sahaja dengan kemudahan yang jauh lebih baik jika dibanding dengan kemudahan infrastruktur luar bandar. Pengundi luar bandar yang selama ini "disadvantaged" perlu diperjuangkan. Kawasan ini kebanyakannya dihuni oleh kaum Iban dan bumiputra yang lain. Ambillah hati mereka supaya mereka rela keluar untuk mengundi barisan alternatif pembangkang Bintulu pada pilihan raya negeri akan datang.

3. Orang Melayu/Melanau di Bintulu seperti di kampung-kampung Jepak, Segan, Hilir Sebauh, Pandan, Kampung Baru, Kampung Assyakiriin, Kampung Tatau, Kampung Batu 10, dan lain-lain tetap terbahagi dalam pilihan mereka. Justeru itu mustahak sekali untuk mengambil hati orang Melayu/Melanau di Kawasan Jepak sebab mereka merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya negeri Jepak. Caranya ialah untuk mengemukakan calun dari PAS untuk kawasan Jepak.

4. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kidurong utamakan calun yang tersedia dari kaum Cina atas simbol DAP.

5. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kemena calun hendaklah dari kaum Iban kerana disini mereka merupakan majoriti. Calun ini boleh berdiri atas simbol SNAP atau PKR.

6. Barisan Pembangkang Bintulu hendaklah mula mengenalpasti individu-individu yang boleh turun padang untuk berkempen dan berdiri sebagai calun mulai sekarang, kerana waktu pilihan raya negeri Sarawak sangat hampir dan mesti diadakan sebelum bulan Julai tahun hadapan.

Hidup Barisan Pembangkang Bintulu!!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat dihargai untuk menegak BPB di Bintulu