
Sunday, August 29, 2010
Pembangkang Akrab dan Lebih Strategik

Thursday, July 8, 2010
Tuesday, July 6, 2010
Jalan Ulu Sebauh Berkurap

Kerjaan BN Bintulu " Cakap tidak serupa bikin " - kata-kata hikmat yang berkumandang di masjid-masjid Bintulu pada hari Jumaat untuk mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan di bandar ini cuma masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Malangnya kata-kata Tok Imam Bintulu tidak diambil indah oleh pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembikinan jalan tesebut.
Wahai rakyat Jepak dan Sebauh, sedarlah. Wakil rakyat kamu hanya tahu bercakap tapi tak tahu buat.
Wednesday, June 30, 2010
Pengundi Bintulu Cukup Sedar Untuk Memilih
Antara bukti-buktinya:
1) Kerajaan BN tergesa-gesa meletak tempurung ( cover-up) ke atas kes Skandal PKFZ yang melibatkan salahgunakuasa dan rasuah berbilion ringgit, yang melibatkan seorang Ahli Yang Berhormat dari Bintulu.
2) Pemborosan wang rakyat dalam pembinaan Astana DiRaja yang baru dimana tender tersebut merupakan "blank cheque" bagi kontraktor yang terbabit.
3) Taib Mahmud dilapurkan ke MACC atas tuduhan salahgunakuasa,rasuah dan nepotisma.
PENGUNDI -PENGUNDI BINTULU DAPAT MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PEMBOROSAN WANG RAKYAT, KORUPSI, KRONISMA DAN NEPOTISMA dengan memilih PAKATAN RAKYAT.
Tuesday, June 29, 2010
Sunday, June 20, 2010
Bolehkah Najib dipercayai?

Saturday, June 12, 2010
Bersedia Untuk Pilihan Raya Umum Sarawak 2011 - dari Bintulu ke Petrajaya
Pentingnya idea ini untuk dipraktikkan di Bintulu dengan secepat mungkin tidak dapat dinafikan kerana terdapat seramai 4 juta rakyat dari golongan pemuda belum lagi terdaftar sebagai pengundi pilihan raya di seluruh negara.
Ayoh, gerakkan "machinery" PR di Bintulu untuk tujuan ini agar ramai pengundi-pengundi muda memilih gagasan alternatif untuk menjaga kepentingan mereka di Bintulu dan bukan Kerajaan BN yang semakin hari semakin tak relevan.
Kaum Muda Bintulu menuntut keadilan, pembaharuan dan kejayaan.
Hidup Pemuda Bintulu!
Satu langkah dari Bintulu ke Petrajaya, satu langkah lagi dari Petrajaya ke Putrajaya.
Hidupan BPB!
Saturday, May 29, 2010
Sunday, May 23, 2010
Momentum Anti - Taib mendapat takrifan

Berikut ialah implikasi Deklarasi Sibu ke atas Bintulu:
1) Dengan tertakluknya Bintulu kelak kepada Pakatan Rakyat ia merupakan jejak dari misi agung pakatan rakyat yang berslogan "dari Petrjaya ke Putrajaya".
2) Orang yang menganggur, miskin dan tertindas dari segi kemudahan asas di Bintulu seperti di ulu sungai dan kawasan pendalaman akan mendapat perhatian dengan peruntukan sebanyak RM 80 juta.
3) Pembahagian pendapatan dari pengeluaran hasil gas dan minyak dari Bintulu akan dipertingkatkan kepada 20% dari 5% yang ada sekarang .
4) Semua warga emas akan mendapat bonos sebanyak RM 400 sebagai penghargaan terhadap jasa mereka.
5) Pentadbiran kerajaan akan diasaskan kepada tiga faktor - kebolehan, ketanggungjawaban dan ketulusan dengan menggunakan tender untuk pemberian projek, lesen dan konsensi supaya lebih tulus dan menguntungkan rakyat.
6) Tanah- tanah temuda, ncr, pemakanan atau tanah menua akan disukat dan diberi title kepada rakyat yang selama ini menghuni bidang tanah tersebut sejak turun-temurun.
Pada ringkasnya Deklarasi Sibu telah dapat mendefinasikan bahawa Pentadbiran Yang Baik bermulanya dengan Tiadanya Taib, ia itu " Good Governenace = No More Taib "
Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Hidup Bintulu!!
Thursday, May 20, 2010
Barisan Alternatif Bintulu bersuara di DUN

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) minggu ini ( 17 - 26 May) Bintulu di wakili oleh Chiew Chiu Sing.
Wakil Pakatan Pakyat (PR) dari kawasan pilihan raya negeri Kidurong dari parti DAP itu telah mencadangkan supaya perancangan industri perikanan di negeri Sarawak mengambil kira kejayaan yang telahpun dinikmati oleh negara Taiwan.
Ini tak boleh dinafikan sekira kita melihat kemajuan yang dikecapi oleh Taiwan dalam bidang lain seperti pelancungan dan ICT , termasuklah hasil produk komputer yang no.2 di dunia yakni "Acer".
Memandangkan kebanyakan orang Iban dan Melayu/ Melanau di Bintulu dari golongan petani dan nelayan, rakyat jelata disini harus mendukung cita-cita yang murni dan besar seperti yang dicadangkan oleh Chiew.
Sokonglah barisan alternatif untuk rakyat Bintulu lepas dari kepompong kemiskinan yang selama ini tidak dapat ditangani oleh pihak Barisan Nasional Sarawak.
Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Tuesday, May 18, 2010
Implikasi Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu bagi Bintulu
1. Untuk kawasan Jepak, pengundi Cina tetap akan mengundi barisan pembangkang. Jadi jangan buang tenaga dan wang untuk mengambil hati mereka.
2. Sebaliknya perhebatkan kempen untuk menarik hati pengundi luar bandar yang terpencil dan tertindas oleh sistem kerajaan yang hanya berpusat kepada kawasan bandar sahaja dengan kemudahan yang jauh lebih baik jika dibanding dengan kemudahan infrastruktur luar bandar. Pengundi luar bandar yang selama ini "disadvantaged" perlu diperjuangkan. Kawasan ini kebanyakannya dihuni oleh kaum Iban dan bumiputra yang lain. Ambillah hati mereka supaya mereka rela keluar untuk mengundi barisan alternatif pembangkang Bintulu pada pilihan raya negeri akan datang.
3. Orang Melayu/Melanau di Bintulu seperti di kampung-kampung Jepak, Segan, Hilir Sebauh, Pandan, Kampung Baru, Kampung Assyakiriin, Kampung Tatau, Kampung Batu 10, dan lain-lain tetap terbahagi dalam pilihan mereka. Justeru itu mustahak sekali untuk mengambil hati orang Melayu/Melanau di Kawasan Jepak sebab mereka merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya negeri Jepak. Caranya ialah untuk mengemukakan calun dari PAS untuk kawasan Jepak.
4. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kidurong utamakan calun yang tersedia dari kaum Cina atas simbol DAP.
5. Bagi kawasan pilihan raya negeri Kemena calun hendaklah dari kaum Iban kerana disini mereka merupakan majoriti. Calun ini boleh berdiri atas simbol SNAP atau PKR.
6. Barisan Pembangkang Bintulu hendaklah mula mengenalpasti individu-individu yang boleh turun padang untuk berkempen dan berdiri sebagai calun mulai sekarang, kerana waktu pilihan raya negeri Sarawak sangat hampir dan mesti diadakan sebelum bulan Julai tahun hadapan.
Hidup Barisan Pembangkang Bintulu!!
Sunday, May 2, 2010
Masjid Besar untuk Bintulu
Ayuh, gerakkan hati diri anda untuk beribadat. Tak rugi kalau anda menghebuhkan berita ini kepada kawan atau teman selanjutnya.
Allah tetap menyebelahi orang yang benar, tulus dan berani menegak kebenaran.
Berjasalah untuk agama, bangsa dan negara.
Rakyat Bintulu kini sedar dari lamunan mimpi dan bersedia untuk menegak BPB ( Barisan Pembangkang Bintulu).
Saturday, April 24, 2010
PR dikotakan di Sarawak

Implikasinya untuk Bintulu ialah BPB ( Barisan Pembangkang Bintulu) harus fokas terhadap model perjuangan yang tersedia ada ini. Rakyat boleh bermula membayangkan DUN Tatau dan DUN Kemena diwakili oleh calun-calun dari BPB.
Rakyat Kampung Jepak, Sebauh, Segan, pesisiran Tatau, Kampung-Kampung di bandar Bintulu, Kuala Tatau dan sekitar kawasan pasar Bintulu boleh mula menghidu angin perubahan di medan politik Bintulu tahun depan.
Ayuh, bangun dan berjuang dengan semangat berpasukan.
Hidup Barisan Pembangkang Bintulu.
Hidup Rakyat Bintulu.
Monday, April 19, 2010
Isu orang luar mendapat rahsia strategik Malaysia

Wednesday, April 14, 2010
Bila agaknya sekretariat pakatan rakyat bagi Bintulu?
Bila agaknya kerjasama yang akrab seakan ini menjelma di Bintulu?
Rakyat Bintulu sedang menunggu.
Tuesday, April 13, 2010
"Time Bomb" MPOB akan meletup di Bintulu

- Borang MPOB ( alMPOB/WSK 2008) yang perlu ditandatangani oleh Penghulu(Kaum Melayu/Melanau/Kedayan) dan Tuai Rumah ( Kaum Iba dan Orang Ulu) sekali lagi mengenepikan hak turun-temurun rakyat jelata kaum pri-bumi Bintulu.
- Beratus-ratus pekebun kecil sawit sedang ditimpa bala dari Kerajaan BN yang tidak membenarkan buah-buah sawit mereka yang ditanam atas tanah temuda, NCR, Pemakai Menua atau Tanah Pemakanan Melayu/Melanau Kedayan, untuk dijual ke kilang kerana tidak mendapat pengesahan dari ketua kaum masing-masing.
- Disebabkan tanah mereka tidak bergeran atau "title", MPOB Bintulu tidak akan memberi mereka lesen untuk menjual buah sawit yang telah masak ke kilang-kilang yang berdekatan.
- Pekebun-pekebun kecil sawit kini bersabar sambil menunggu "time bomb" MPOB meletup. Bila meletup ia akan mengakibatkan tsunami politik yang dahsyat di Bintulu.
- Butang "time bomb" sudah tertekan dan menunggu Pilihan Raya akan datang ( lebih kurang 1 tahun lagi) untuk berhasil atau meletup.
- Ayuh, kaum petani yang tertindas oleh Kerajaan BN. Bersatulah untuk menjatuhkan BN di Bintulu.
Hidup Barisan Pembangkang Bintlu(BPB). Hidup Rakyat!
Inilah Barisan Kita
Masanya dah tiba. Bintulu sedang membuka lambaran baru dalam perjuangan rakyat jelata yang tertekan samaada dari kaum Melayu/ Melanau/Kedayan atau masyarakat Iban dan kaum bumiputra yang lain seperti Orang Ulu yang selama ini jauh ketinggalan dalam menikmati kualiti hidup dan kemajuan yang tetap dinikmati oleh kaum lain di bandar.
Inilah perjuangan BPB - Barisan Pembangkang Bintulu yang baru. Hidup BPB. Hidup Pembangkang. Hidup Rakyat.